Ahad, 9 Ogos 2015

SEJARAH JALUR GEMILANG

Assalamualaikum semua. Hari ini kami ingin berkongsi sedikit cerita bukanlah cerita tetapi ia lebih kepada pengetahuan sebab apa? sebab kita sebagai rakyat Malaysia yang lahir di negara yang tercinta, aman dan makmur ini sewajarnya kita perlu tahu tentang sejarah bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Memandangkan Hari Kebangsaan pun tidak lama lagi jadi lebih eloklah kita tahu akan maksud lambang-lambnag yang terdapat pada bendera Malaysia kita. Bukan apa jika kita hanya tahu mengkibarkan bendera dengan penuh semangat tetapi kita tidak tahu akan apa lambang-lambang itu sendiri jadi ia tidak memberi kesan patriotisme dalam diri kita. Jadi disini kami selitkan tentang sejarah bendera Jalur Gemilang.



Ini lah merupakan gambaran dan sejarah bendera Malaysia yang direka oleh Mohamed Hamzah iaitu bekas arkitek Jabatan Kerja Raya dari Johor.


Maksud lambang dan warna pada bendera Malaysia

APAKAH MAKSUD LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA ?

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus , hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat di negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu, Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasan kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.


Warna Biru melambangkan perpaduan rakyat dan hidup yang rukun damai di Malaysia.

Warna Kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Merupakan warna diraja dan juga kesetian rakyat kepada Raja dan Negara .

Warna Merah melambangkan keberanian, kesanggupan, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan kesucian, keluhuran dan keikhlasan.




  • Bintang pecah 14 menandakan perpaduan tiga belas buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan di Malaysia.
  • Bulan sabit melambangkan agama rasmi Negara iaitu agama Islam.
  • Tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan .
Jadi inilah maksud-maksud dan lambang-lambang yang terdapat pada bendera kita iaitu Jalur Gemilang. Sekian terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan