Jumaat, 18 September 2015

Assalammualaikum hari ni kami ingi post mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan.  kita sudah merdeka selama 58 tahun, tapi adakah kita tahu siapakah tokoh yang memperjuangkan negara ini hingga kita merdaka dan aman sehingga kini. oleh itu mari lah kita  lihat tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita:


TOKOH - TOKOH KEMERDEKAAN DAN PERANANNYA:


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ


 Beliau merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri. melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum, kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.


TUN V.T SAMBATHAN

 Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkankemerdekaan negara. Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru kaum India supaya m,emberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.


TAN CHENG LOCK

Menubuhkan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk  menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu; melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina; bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.



TUN ABDUL RAZAK

 Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956 . Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

DATO ONN JAAFAR

Tokoh Kemerdekaan Malaysia



 
Menubuhkan UMNO dan berjaya kerajaan british untuk memubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah untuk mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperkatatkan syarat - syarat kerakyatan, serta memeberi hak istimewa orang melayu. Mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk tanah melayu tanpa mengira kaum dan UMNO ditukar menjadi "PertubuhanKebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh Sebab cadangan itu ditentang Dato Onn jaafar meletaka jawatan sebgai Presiden UMNO apabila Majlis PersidanganUMNO  Keenam diadakan pada 25-26 OGOS 1951.