Sabtu, 15 Ogos 2015

RUKUN NEGARA


Gambar di atas dapat memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat pencaturan. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.
 Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh. 

KONSEP RUKUN NEGARA

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. 

Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti. 


PRINSIP RUKUN NEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak, membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: 



SEJARAH RUKUN NEGARA


Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur). 

Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. 

OBJEKTIF DAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

  • untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama secara adil saksama
  • untuk memelihara cara hidup demokratik
  • untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
  • untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • untuk membina semua masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA


a) Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. 

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. 


b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negerinegeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di- Pertuan Agong. 

c) Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. 

Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. 
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. 


d) Kedaulatan Undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Unang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. 

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. 


e) Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. 



Kesimpulannya, mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. 







Ahad, 9 Ogos 2015

SEJARAH JALUR GEMILANG

Assalamualaikum semua. Hari ini kami ingin berkongsi sedikit cerita bukanlah cerita tetapi ia lebih kepada pengetahuan sebab apa? sebab kita sebagai rakyat Malaysia yang lahir di negara yang tercinta, aman dan makmur ini sewajarnya kita perlu tahu tentang sejarah bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Memandangkan Hari Kebangsaan pun tidak lama lagi jadi lebih eloklah kita tahu akan maksud lambang-lambnag yang terdapat pada bendera Malaysia kita. Bukan apa jika kita hanya tahu mengkibarkan bendera dengan penuh semangat tetapi kita tidak tahu akan apa lambang-lambang itu sendiri jadi ia tidak memberi kesan patriotisme dalam diri kita. Jadi disini kami selitkan tentang sejarah bendera Jalur Gemilang.



Ini lah merupakan gambaran dan sejarah bendera Malaysia yang direka oleh Mohamed Hamzah iaitu bekas arkitek Jabatan Kerja Raya dari Johor.


Maksud lambang dan warna pada bendera Malaysia

APAKAH MAKSUD LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA ?

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus , hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat di negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu, Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasan kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.


Warna Biru melambangkan perpaduan rakyat dan hidup yang rukun damai di Malaysia.

Warna Kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Merupakan warna diraja dan juga kesetian rakyat kepada Raja dan Negara .

Warna Merah melambangkan keberanian, kesanggupan, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan kesucian, keluhuran dan keikhlasan.




  • Bintang pecah 14 menandakan perpaduan tiga belas buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan di Malaysia.
  • Bulan sabit melambangkan agama rasmi Negara iaitu agama Islam.
  • Tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan .
Jadi inilah maksud-maksud dan lambang-lambang yang terdapat pada bendera kita iaitu Jalur Gemilang. Sekian terima kasih.


Khamis, 6 Ogos 2015

SEJARAH DAN KITA

Sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu Syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Syajaratun juga bermaksud salasilah,riwayat ,keturunan,dan asal usul.
Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
                                                                                                             (Ibn Khaldun)

Penceritaan-tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya .

                                                                                                             (Herodatus)

Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.                                                                                                                        

                                                                                                             (Muhd. Yusuf Ibrahim)

*Tahukan Anda?


Antara penulis sejarah awal negara termasuklah :



  • Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu)
  • Raja Ali Haji (Tuhfat al-Nafis)
  • Abdul Hadi Hassan ( Sejarah Alam Melayu)

   Tun Sri Lanang

 Raja Ali Haji



CIRI-CIRI SEJARAH


  • Fakta yang tepat dan benar - Fakta sejarh seperti peristiwa ,tempat, tokoh dan tarikh mestilah benar , dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
                    Contoh : Pengiktirafan Putrajaya sebagai wilayah persekutuan.

  • Penting dan bermakna - Peristiwa sejarah mestilah penting dan memberi kesan pada semua
                    Contoh: Tarikh perkahwinan ibu bapa, hari pekerja, hari guru, hari kebangsaan.

  • Mempunyai sebab dan akibat - Sejarah bertujuan mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa masa lalu . Untuk mengetahui sebab dan akibat masa lalu ,pengkaji perlu mengetahui apa ,siapa ,bila ,mengapa ,bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. Dengan ini kita dapat membuktikan kesahihan sesuatu fakta sejarah itu.
                     Contoh: Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

SUMBER SEJARAH

Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu:

Sumber Pertama

  • Sumber Primer- bahan dalam bentuk kertas,fosil,artifak dan keterangan lisan.
  • Sumber ini belum diolah dan dicetak (berifat asli).
Contohnya: fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari ,manuskrip, dan batu bersurat.

Sumber Kedua

  • Sumber sekunder bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis. Sumber ini telah diolah,dicetak, dan disebarkan kepada umum.
Contohnya: buku majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah dan laporan tahunan jabatan.

Kaedah Pengkajian Sejarah 
  • Kaedah Lisan
  • Kaedah Bertulis
  • Kaedah Arkeologi
PENTAFSIRAN SEJARAH

  1. Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah ataupun sebaliknya.
  2. Tafsiran sejarah yang betul dan tepat memerlukan seseorang sejarawan melakukan penyelidikan.
  3. Tafsiran peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan disebabkan pandangan yang berlainan. 
KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH

Tujuan Mempelajari Sejarah 

  • Menghargai jasa dan usaha pemimpin negara sama ada pemimpin masa lalu atau masa kini.
  • Untuk kita merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam semua bidang.
  • Sejarah mengajar kita berhati-hati supaya kesilapan masa lalu tidak berulang lagi.

Faedah Mempelajari Sejarah
  • Kita dapat belajar sejarah kejayaan bangsa dan negara kita.
  • Dapat memupuk semangat patriotisme dan bangga.
  • Menjadi panduan dan memberi iktibar untuk memperbaiki kesalahan yang kita lakukan.
  • Kita dapat mencipta semula keagungan seperti zaman lampau yang berusaha gigih.  

Rabu, 5 Ogos 2015

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Kami pelajar dari Politeknik Nilai sesi Jun 2015 yang mengambil kursus Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. Kami diberi tugasan untuk membuat e-folio dalam bentuk blog. Terlebih dahulu kami dari kumpulan 4 ingin memperkenalkan diri  iaitu Fatin Farhani Bt Mohd Yusof (23DIB15F1031), Siti Nurhizatie Bt Hedzir (23DIB15F1026), Siti Muzainah Bt Sabarudin (23DIB15F1010), Nur Farinie Syafina Bt Shuhaimi (23DIB15F1011). Kami berharap agar dapat melaksanakan tugasan ini sebaik mungkin dan dapat berkongsi serba sedikit ilmu kepada blogger lain.